RYL2 Prototype (Mega Rated Server)
Please Register In Order To Know The News About The Server .. Thank You!

RYL2 Prototype (Mega Rated Server)

RYL2 Prototype (Mega Rated Server)
 
HomeGalleryRegisterLog in

Share | 
 

 Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing

Go down 
AuthorMessage
Admin
Administrator Prototyp3
avatar

Posts : 45
Join date : 2009-09-07
Age : 25
Location : Penang / Malaysia / GK CYBER WORLD

PostSubject: Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing   Tue Sep 08, 2009 10:29 am

Rakyat M'sia di Jakarta diancam dengan buluh runcing
Sep 8, 09 7:58pm
Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin
memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-Bernama
Back to top Go down
http://ryl2battleroyal.com
ajinamoto



Posts : 2
Join date : 2009-09-10

PostSubject: Re: Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing   Thu Sep 10, 2009 2:52 pm

lol!
Back to top Go down
ajinamoto



Posts : 2
Join date : 2009-09-10

PostSubject: Re: Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing   Thu Sep 10, 2009 2:52 pm

mau ada duit Evil or Very Mad
Back to top Go down
underground



Posts : 1
Join date : 2009-09-12

PostSubject: Re: Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing   Sat Sep 12, 2009 7:19 am

gm nape id aku already logged in....
Back to top Go down
KuchikiRukia



Posts : 5
Join date : 2009-09-11

PostSubject: Re: Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing   Sun Sep 13, 2009 11:23 am

sebab id ko ader makluk halus masok

p/s: bukan maklok halus tpi maklok tebal
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing   

Back to top Go down
 
Sticky | Rakyat Malaysia Di Jarkarta Di Ancam Dengan Buluh Runcing
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Creative Rakyat Malaysia Bab2 Modified Motor Nie
» Sembang - sembang bola sepak Malaysia
» Pelaburan yang sah dari cermin mata BNM dan syariah - Cyber Trust Fund Corp
» sym 200 vs 250i
» Koleksi gambo skuter berbumbung

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
RYL2 Prototype (Mega Rated Server) :: Sticky | Announcement And News-
Jump to: